5 SEBAB RAMBUT GUGUR
"DAN RAWATAN KEGUGURAN RAMBUT DI RENORA CLINIC"
Pernahkah anda mendengar bahawa rambut adalah dianggap sebagai mahkota bagi seseorang? Ini kerana rambut adalah suatu sifat fizikal yang mudah diperhatikan oleh orang-orang di sekeliling kita. Seringkali, seseorang akan memastikan penampilan rambutnya tersusun kemas sebelum keluar ke tempat awam. Rambut yang sihat dan terurus bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, tetapi juga melambangkan imej yang baik.
Namun, apa yang berlaku apabila rambut anda mula gugur? Keguguran rambut adalah satu masalah biasa yang boleh menjejaskan lelaki dan wanita tanpa mengira umur. Walaupun ia sering kali berlaku secara semula jadi apabila seseorang semakin berusia, terdapat pelbagai faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini. Masalah ini juga boleh menyebabkan tekanan emosi kerana ia menjejaskan penampilan fizikal seseorang.
Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan 5 punca utama keguguran rambut dan bagaimana anda boleh merawatnya.
4 FASA PROSES PERTUMBUHAN RAMBUT
Sebelum memahami punca keguguran rambut, penting untuk kita ketahui bahawa rambut melalui empat fasa utama pertumbuhan. Setiap helai rambut di kepala anda sedang berada di salah satu fasa ini:
- Fasa Pertumbuhan (Anagen) : Dalam fasa ini, folikel rambut akan menolak rambut keluar supaya berterusan tumbuh.
- Fasa Transisi (Catagen) : Folikel rambut mulai mengecut, akar rambut tercabut dari folikel. Tetapi, pada fasa ini rambut belum gugur.
- Fasa Rehat (Telogen) : Rambut mulai berhenti tumbuh. Folikel baru mulai tumbuh pada fasa ini.
- Fasa Gugur (Exogen) : Rambut mulai gugur, dan menjadi lebih ketara terutamanya selepas mencuci atau menyikat rambut.
Setiap orang mempunyai jumlah rambut yang berbeza pada setiap fasa pertumbuhan. Kitaran ini adalah normal, tetapi apabila keguguran rambut berlaku secara berlebihan, ini mungkin menandakan masalah yang lebih serius.
5 PUNCA KEGUGURAN RAMBUT :
Keguguran rambut boleh berpunca daripada pelbagai faktor yang berbeza. Berikut adalah 5 punca utama keguguran rambut yang sering dialami oleh lelaki dan wanita:
1. Perubahan hormon
Salah satu penyebab utama keguguran rambut adalah perubahan hormon. Masalah seperti tiroid tidak stabil boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang menjejaskan pertumbuhan rambut. Selain itu, androgenic alopecia atau keguguran rambut corak lelaki dan wanita adalah sejenis keguguran rambut yang berkaitan dengan hormon. Selepas melahirkan anak, ramai wanita juga mengalami perubahan hormon yang boleh menyebabkan rambut gugur.
Perubahan hormon ini boleh mengganggu kitaran normal pertumbuhan rambut dan menyebabkan lebih banyak rambut berada dalam fasa gugur daripada fasa pertumbuhan.
2. Penyakit Autoimun
Sistem imun badan kita biasanya melindungi kita daripada jangkitan dan penyakit. Namun, bagi sesetengah orang, sistem imun boleh tersilap menyerang folikel rambut sendiri. Ini dikenali sebagai penyakit autoimun seperti Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau Scalp Psoriasis yang boleh merosakkan folikel rambut dan mengakibatkan keguguran rambut yang berterusan.
Penyakit autoimun ini biasanya memerlukan rawatan perubatan yang khusus kerana ia melibatkan masalah dalaman tubuh yang kompleks.
3. Jangkitan Kuman dan Kulat
Rambut dan kulit kepala kita terdedah kepada jangkitan kuman dan kulat. Salah satu penyebab yang paling biasa ialah kurap kepala (Tinea Capitis), sejenis jangkitan kulat yang boleh menyebabkan rambut gugur di kawasan tertentu. Jangkitan ini biasanya menyebabkan kulit kepala kelihatan kemerahan dan bersisik.
4. Kesan Ubat-ubatan
Beberapa jenis ubat boleh memberi kesan sampingan yang mengakibatkan keguguran rambut. Ubat-ubatan seperti kemoterapi, oral kontrasepsi, ubat depresi, dan ubat cair darah seperti warfarin boleh mempengaruhi folikel rambut. Rambut mungkin mula gugur secara beransur-ansur selepas beberapa minggu atau bulan penggunaan ubat-ubatan ini.
Jika anda mendapati bahawa keguguran rambut anda bermula selepas mengambil ubat tertentu, anda boleh berbincang dengan doktor anda untuk melihat sama ada terdapat alternatif yang lebih sesuai.
5. Gaya Hidup Tidak Seimbang
Gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam kesihatan rambut. Faktor seperti tekanan perasaan (stress), pemakanan yang tidak seimbang, merokok, dan kurang tidur boleh mengganggu kesihatan folikel rambut. Apabila tubuh tidak menerima nutrisi yang mencukupi atau tidak berehat dengan baik, rambut mungkin menjadi lemah dan mudah gugur.
Maka, adalah penting untuk menjaga gaya hidup yang sihat dengan mengambil diet seimbang, bersenam, tidur yang mencukupi, dan mengurangkan stres bagi menggalakkan kesihatan rambut yang optimum.
RAWATAN KEGUGURAN RAMBUT DI RENORA CLINIC
Jika anda mengalami keguguran rambut yang berterusan, terdapat pelbagai rawatan yang boleh membantu merangsang pertumbuhan rambut baharu dan mengurangkan keguguran. Salah satu klinik yang terkenal dengan rawatan rambut gugur ialah Renora Clinic, yang menawarkan rawatan untuk lelaki dan wanita.
Renora Clinic telah berjaya merawat lebih daripada 5,000 orang dengan masalah keguguran rambut. Para doktor yang berpengalaman dan rawatan yang terkini menjadikan klinik ini pilihan utama ramai pesakit. Berikut adalah dua jenis rawatan yang ditawarkan di Renora Clinic:
1. FOTONA HAIR REGROWTH
Salah satu rawatan yang paling popular di Renora Clinic ialah Fotona Hair Regrowth Laser. Rawatan ini menggunakan laser untuk merangsang folikel rambut, membolehkan rambut tumbuh dengan lebih tebal dan kuat. Fotona Laser telah terbukti secara klinikal sebagai rawatan yang selamat dan berkesan.
Rawatan ini memerlukan sekurang-kurangnya 6 sesi, dengan jarak 2 minggu antara setiap sesi. Setiap sesi rawatan adalah tidak menyakitkan dan tiada sebarang suntikan diperlukan.
Kelebihan Fotona Hair Regrowth Laser:
- Tidak menyakitkan dan tiada suntikan
- Sesuai untuk ibu menyusu (breastfeeding)
- Tiada kesan sampingan
- Memerlukan 8–10 sesi untuk hasil optimum
- Selamat digunakan walaupun lebih daripada 10 sesi
- Menggunakan mesin laser bertaraf antarabangsa
2. RAWATAN MESO HAIR
Rawatan kedua yang ditawarkan ialah Meso Hair. Rawatan ini berfungsi dengan melancarkan aliran darah di kulit kepala dan merangsang folikel rambut bagi menghasilkan rambut yang lebih tebal. Seperti rawatan laser, Meso Hair memerlukan beberapa sesi untuk mencapai hasil yang optimum.
Rawatan ini dilakukan setiap 2 minggu selama 8 minggu, dan hasilnya adalah rambut yang lebih sihat dan tebal.
Kelebihan Meso Hair:
- Merangsang pertumbuhan folikel rambut yang sihat
- Boleh dilakukan bersama dengan rawatan Fotona Laser
- Kesan yang ketara selepas 8–10 sesi
- Tiada kesan sampingan
3. Krim TOPIKAL (Topical Creams)
Selain rawatan laser dan suntikan, Renora Clinic juga menyediakan topikal krim yang boleh digunakan untuk merawat keguguran rambut. Krim ini biasanya mengandungi Minoxidil, bahan aktif yang terkenal dalam merangsang pertumbuhan rambut dan memperbaiki kesihatan folikel. Minoxidil membantu meluaskan saluran darah di kulit kepala, membolehkan lebih banyak oksigen dan nutrisi sampai ke folikel rambut.
Krim topikal perlu digunakan secara konsisten untuk hasil yang optimum. Ia sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita yang mengalami keguguran rambut ringan hingga sederhana.
Kelebihan Topikal Krim:
- Mudah digunakan di rumah
- Sesuai untuk lelaki dan wanita
- Tiada kesan sampingan serius
- Boleh digunakan sebagai rawatan tambahan bersama rawatan lain di Renora Clinic
Kesimpulan: Apa Langkah Seterusnya?
Jika anda mengalami keguguran rambut, jangan biarkan ia berterusan tanpa rawatan. Renora Clinic menawarkan rawatan profesional yang boleh membantu anda mendapatkan kembali rambut yang sihat dan kuat. Dengan teknologi terkini seperti Fotona Hair Regrowth Laser, rawatan Meso Hair, preskripsi topikal krim , Renora Clinic telah membuktikan kejayaannya dalam merawat pesakit.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai untuk masalah rambut gugur anda, jangan tunggu lagi! Hubungi Renora Clinic sekarang untuk membuat temujanji dan mendapatkan nasihat daripada doktor yang berpengalaman. Rambut yang sihat adalah aset berharga, jadi pastikan anda mengambil langkah awal untuk menjaganya.