5 STEP SKINCARE UNTUK KULIT JERAGAT!
Ketahui 5 Steps Skincare Untuk Kulit Jeragat ini bagi mencegah dan mengelakkan jeragat menjadi semakin serius. Jeragat adalah bintik coklat yang halus dan kebiasaanya terdapat pada kawasan yang banyak terdedah kepada matahari. Jeragat tidak membahayakn dan bukanlah sejenis penyakit. Ia terjadi disebabkan oleh penghasilan melanin yang berlebihan disebabkan rangsangan dari sinaran UV.
Berikut adalah 5 jenis skincare yang sesuai untuk kulit jeragat.
1. Pencuci muka – Langkah Skincare Pertama
Cari lah pencuci muka yang jenis lembut, gentle dan tidak mempunyai bahan anboleh menghakis kulit. Seeloknya anda boleh memakai pencuci muka yang mengandungi SPF. Ini kerana kulit jeragat sangat sensitif terhadap sinaran UV matahari yg boleh memburukkan lagi keadaan jeragat anda.
2. Moisturizer / pelembap – Langkah Skincare Kedua
Bagi orang yg mempunyai masalah jeragat kebiasaanya terjadi disebabkan faktor usia dan kulit yang kering. Oleh itu, pemilihan pelembap yang bersesuaian amatlah perlu. Cari pelembap yang mengandungi ceramide dan hyaluronic acid.
3. Serum
Bagi anda yg mempunya masalah jeragat dan bintik hitam anda boleh memakai serum yang mengandungi tranexemic acid, alpha arbutin, kojic acid dan juga AHA seperti mandelic acid dan glycolic acid. Anda boleh memakai serum yang mengandungi bahan2 ini pada waktu malam.
4. Vitamin C
Vitamin C adalah anti-oxidant di mana ia bertindak untuk melawan free radicals yang menjadikan punca terjadinya garis halus, kedutan, dan pigmentasi. Free radicals terdapat dalam persekitaran kita. Jadi semestinya elok dipakai waktu siang kerana pada waktu itu kita cenderung untuk keluar rumah dan menjalankan aktiviti harian. Selain itu, Vitamin C juga mampu mencerahkan dan memudarkan tompok gelap pada kulit.
5. Suncreen ! PENTING
Sekiranya tidak memakai sunscreen, kesan pancaran ultra ungu atau UV akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat. Bukan sahaja daripada sinaran uv matahari, blue light kesan dari pancaran cahaya dari gajet seperti telefon dan komputer boleh mengaktifkan melanin pada kulit dan menambahkan lagi pembentukan jeragat.
Sekiranya masalah jeragat anda masih tidak dapat diselesaikan setalah mengamalkan 5 tips skincare ini, segeralah untuk mendapatkan nasihat doktor bertauliah bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.
Add Comment