Kulit kering dan eczema sering kali menyebabkan masalah seperti parut gelap dari kesan garu. Biasanya ia terjadi pada bahagian kaki. Sebenarnya terdapat beberapa jenis eczema. Disini adalah jenis2 eczema yg biasanya berlaku :
Kebiasaanya terjadi pada bayi dan semakin berkurang seiring dgn peningkatan umur. Atopic eczema terjadi disebabkan oleh “skin barrier” yg lemah dan menjadikan kulit lebih sensitif terhadap bahan asing (foreign body). Selain itu, faktor lain yg berkait adalah seperti genetic, kulit kering, alahan, masalah sistem pertahanan badan (imun) dan juga faktor pencetus seperti habuk, bulu haiwan, dan sebagainya. Kebiasaannya, bayi dan kanak2 yang mengalami atopic eczema ini mempunyai simptom lain seperti demam dan juga asthma.
Terjadi apabila kulit bersentuhan dengan faktor pencetus seperti logam dan lateks.
Kulit melepuh dan mempunyai lelehan air sekiranya pecah. Terjadi disebabkan alahan terhadap bahan tertentu. Lepuh terasa gatal berisi cecair di jari, jari kaki, telapak tangan, dan telapak kaki.
Dermatitis seborrheic berwarna kemerahan, bersisik pada kulit dan kelemumur. Selalunya di kawasan kulit kepala, muka dada dan belakang badan.
Tompokan berbentuk bulat seakan syiling terbentuk pada kulit , boleh menjadi gatal atau bersisik.
Dermatitis stasis berlaku pada mereka yang alami masalah aliran darah di bahagian kaki bawah.
#1 ELAKKAN MANDI AIR PANAS
Air panas berupaya untuk menarik keluar lembapan dan minyak daripada permukaan kulit.
#2 ELAKKAN BAHAN KIMIA DI DALAM SABUN DAN PENCUCI BAJU
Gel mandian, syampu, sabun pencuci baju dan sabun buku akan membuang minyak pada permukaan kulit anda. Disebabkan itu, kulit menjadi semakin kering dan gatal.
#3 GUNAKAN MOISTURIZER
Pakai moisturiser yang mengandungi ceramide. Ceramide adalah bahan yang meningkatkan skin barrier atau pertahanan kulit. Sekiranya skin barrier lemah, kulit akan mudah kehilangan air dan akan menjadi kering, bersisik, dan seterusnya mudah dijangkiti kuman . Pastikan anda memakai moisturizer dengan kandungan ceramide yang tinggi dan tidak menyumbatkan pori. (click here)
Untuk kulit muka bagi anda yg mempunyai eczema, anda perlu pastikan kulit sentiasa lembap. Sekiranya anda berada di dalam bilik berhawa dingin dalam tempoh masa yang lama, dinasihatkan untuk menggunakan hyaluronic acid serum bagi mengelakkan kulit menjadi kering.
Hyaluronic acid serum berfungsi dgn mengunci molecule air drpd hilang dan tersejat di udara.
Selain daripada itu, anda yang mempunyai kulit sensitive perlulah memakai sunscreen yang sesuai untuk kulit eczema. Sunscreen adalah sangat penting untuk mengelakkan kulit terdedah kepada free radicals di udara yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering, cepat tua dan berkedut.