Jenis- jenis jerawat dan cara rawatan menggunakan skincare
Terdapat pelbagai jenis jerawat dan biasanya jerawat terbahagi kepada beberapa kategori bergantung kepada severity keadaan kulit anda.
Ia melibatkan PILOSEBACEOUS UNIT dan biasanya terjadi pada kawasan yg mempunyai byk sebaceous gland / kalenjar minyak iaitu muka, leher, dada , bahu dan belakang badan. Lebih dari 80% kes adalah pada umur remaja.
4 STAGE TERJADINYA JERAWAT :
PERTAMA :
Apabila kalenjar minyak terlampau aktif. Keadaan ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti hormon yang tidak stabil, skincare yg tidak sesuai, genetik , pemakanan dan juga stress.
KEDUA :
Apabila minyak terlampau banyak di pori menyebabkan liang pori menjadi hyperkeratinization, melekit dan menyebabkan liang pori tersumbat.
KETIGA :
Apabila terdapat banyak kulit mati dan seterusnya menjadi makanan kepada bakteria di liang pori yang tersumbat. Bakteria ini dipanggil Propionium Bacterium dan ia akan membiak di kawasan tersebut, dan seterusnya terjadi jerawat
KEEMPAT :
Inflamasi atau radang akan terjadi di sebabkan oleh response badan kita terhadap bakteria. Inflamasi menyebabkan jerawat menjadi merah, sakit , dan bernanah.
- Untuk penggunaan skincare seeloknya cari face wash atau cleanser yg mengandungi bahan seperti BHA (salicylic acid). Ia adalah telap minyak dan boleh masuk ke dlm liang pori yg berminyak utk dibersihkan.
- Seterusnya bagi penggunaan pelembap anda tidak boleh mengabaikannya. Ini kerana apabila anda telah mencuci muka dgn produk pencuci muka utk jerawat seperti salicylic acid kulit akan menjadi kering dan seterusnya kelenjar minyak akan lebih aktif utk menghasilkan minyak lalu akan menybabkan kulit menjadi lebih berminyak Oleh itu setelah cuci muka anda perlu memakai pelembap namun pelembap yang sesuai perlu dipakai lebih-lebih lagi sekiranya muka anda berminyak dan senang berjerawat. Gunakan pelembap dalam bentuk gel, yg tidak terlalu creamy dan occlusive.
- Untuk kawasan berjerawat anda juga boleh memakai topikal retinoid, ini memerlukan preskripsi dari doktor dan tidak sesuai utk ibu mengandung dan menyusukan badan. Fungsi retinoid adalah meningkatkan cell turnover dimana kulit mati akan cepat di keluarkan dan diganti dengan kulit baru yg lebih sihat. Ia akan menolak keluar kotoran dalam liang pori yang tersumbat yang jika dibiarkan akan menjadi jerawat . Disebabkan itu ramai yang mengalami “skin purging” dalam masa sebulan setelah mulakan penggunaan retinoid. ini kerana purging ini adalah untuk mengeluarkan kotoran yang tersumbat. Selain itu secara tidak langsung ia boleh memudarkan parut jerawat, dan kulit menjadi lebih sihat dan tidak kusam.
- Setelah itu biasakan memakai sunscreen secara berkala iaitu sekurang-kurangnya setiap 4 jam. Untuk pemilihan sunscreen bagi kulit berminyak dan berjerawat anda dinasihatkan untuk memakai jenis gel, dan tidak menyumbatkan liang pori atau non-comedogenic.
Namun setelah 3 bulan konsisten dengan skincare dan masih tidak menunjukkan sebarang kesan anda perlu lah berjumpa doktor untuk membuat rawatan.
Add Comment