Apa itu kulit kering?

Kulit kering ini terjadi apabila lapisan paling atas kulit yang juga dikenali sebagai epidermis tidak mendapatkan kelembapan atau dehidrasi yang optimum. Hal ini akan menyebabkan kulit mula bersisik, kering, mengelupas dan ada yang merekah. Bahagian yang paling kerap terjadinya kulit kering adalah pada tangan dan kaki. Fenomena ini boleh terjadi secara sementara atau berlarutan bergantung kepada punca yang menyebabkan masalah ini berlaku.

Apakah simptom kulit kering?

Antaranya:

  • Rasa ketat pada kulit terutama selepas mandi
  • Kulit terasa kasar
  • Kelihatan kulit kering dan gatal
  • Terdapat rekahan atau garisan halus pada kulit
  • Kulit kelihatan kemerah-merahan dan terasa pedih apabila disentuh
  • Kulit kelihatan bersisik dan mengelupas
  • Bagi masalah kulit kering yang serius, pendarahan boleh berlaku

Punca kulit kering

Berikut adalah punca masalah kulit kering terjadi :

  1. Cuaca dan persekitaran. Masalah kulit kering sering terjadi ketika cuaca sejuk dan kelembapan yang kurang. Namun, cuaca ini tidaklah memainkan peranan penting asalkan persekitaran tempat anda berada memiliki kelembapan yang rendah.
  2. Tabiat mandi air panas. Mandi dengan kerap juga boleh mengakibatkan kulit seseorang kering terutamanya ketika mandi dengan mengunakan air panas. Hal ini kerana, ketika mandi minyak semulajadi yang terhasil oleh kulit akan turut terhakis. Oleh itu selepas mandi anda digalakkan untuk memakai body wash dan lotion yang lembut dan tidak menghakis kulit seperti product vanicream bagi mengekalkan kelembapan pada kulit anda.

3. Perbuatan menggosok kulit. Perbuatan menggosok kulit boleh menyebabkan trauma dan fenomena ini mengundang kepada masalah kulit kering. Kondisi ini lebih mudah berlaku jika seseorang menggosok kulit mereka mengunakan batu ataupun alatan yang memiliki permukaan yang kasar.

Bilakah seseorang perlu berjumpa doktor?

Masalah ini juga boleh juga disebabkan beberapa isu kesihatan dan rawatan yang sesuai adalah penting bagi menangai masalah ini. Apabila berlaku keradangan pada kulit akibat iritasi dan alahan (Contact Dermatitis), eczema dan seborea pesakit perlu segera berjumpa dengan doktor untuk nasihat dan rawatan lebih lanjut.

Sekiranya anda mahu membuat temujanji dengan doktor dan membeli produk untuk masalah kulit kering klik link di sini.

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Click to chat!