RAWATAN PARUT BERLUBANG

Apakah Itu Parut Berlubang? Parut Lekuk? Parut Jerawat?

Parut berlubang atau dipanggil atrophic scar adalah keadaan dimana parut tersebut melekuk ke dalam kulit setelah berlakunya radang atau inflammation. Ia boleh terjadi selepas jerawat, luka, dan jangkitan seperti chicken pox.

 

 


bagaimana parut BERLUBANG terjadi?

Jerawat adalah proses dimana radang terjadi di bahagian lubang pori yang tersumbat dengan sel kulit mati, minyak dan kotoran. Kelenjar minyak berada di lapisan “fat layer”. Radang yang terjadi menyebabkan collagen di bahagian itu hilang dan kulit menjadi lemah dan tidak anjal seterusnya menyebabkan parut lekuk.


Parut lekuk adalah komplikasi daripada jerawat yg tidak di rawat. menjadi radang dan akhirnya menjadikan parut yg lekuk ia terhasil daripada proses penyembuhan luka kulit dan tisu. Kedalaman dan saiz adalah berbeza bergantung pada bagaimana kulit seseorang mendapat parut daripada jerawat, chicken pox, jenis kulit dan juga keturunan.



jenis-jenis parut berlubang

 

Terdapat tiga jenis parut lekuk iaitu :

 

1. PARUT 'BOXSCAR'

Parut 'Boxscar'

Ia adalah berbentuk petak seperti kotak. Lubang parut ini lebih lebar kerana kehilangan tisu dan kolagen. Keradangan akan menghancurkan colagen dan memusnahkan tisu kulit. Semakin banyak tisu yang hilang, semakin teruk keadaan parut ini. Boxscar ini biasanya terjadi apabila kita kerap memicit jerawat. 



2. parut 'ice pick'

Parut 'Icepick Scar'

Parut jenis ini dipanggil “ice pick” kerana ia kelihatan seperti lubang yang terbentuk apabila terkena alatan “ice pick” seperti pemecah ais dan jarum. Ia terjadi apabila kulit kehilangan kolagen dan lapisan tisu kulit rosak dan meninggalkan lubang. Biasanya terjadi selepas radang jerawat cyst.



3. parut 'rolling scar'

Parut 'Rolling Scar'

Parut ini kelihatan seperti permukaan kulit yang berombak, berlekuk dan tidak sekata. Terjadi
apabila jerawat yang bengkak dan merah dibiarkan dalam jangka waktu yang lama. Tanpa
rawatan, inflamasi kulit yang teruk boleh berlaku, dan menyebabkan keadaan parut yang lebih teruk. Parut ini akan kelihatan lebih jelas apabila mencapai usia tua kerana kulit kurang menegang dan hilang keanjalan.



3 jenis rawatan parut berlubang

- fractional laser - - tca cross - - subcision - 


1. fractional laser

Teknologi baharu menggunakan Fractional CO2 Laser. Ia membantu untuk menaikkan lekuk yang dalam serta merangsang penghasilan collagen dan tisu baru. Lebih selamat berbanding teknologi laser yang terdahulu kerana ia hanya bertindak pada kawasan-kawasan tertentu sahaja dan mempunyai durasi “downtime” yang jauh lebih singkat.

 

 


2. TCA CROSS

Rawatan ini menggunakan Trichloroacetic Acid di mana ia sesuai untuk merawat parut halus dan parut dalam seperti ice pick scars. Rawatan ini adalah salah satu rawatan yang selamat dan efektif. kebiasaanya memerlukan kombinasi rawatan. Rawatan ini memerlukan 3-6 sesi dengan selang masa 3 ke 4 minggu bagi setiap sesi.




3. SUBCISION

Subcision adalah prosedur dimana canula akan dimasukkan melalui potongan kecil di kawasan parut dan seterusnya akan memutuskan “fibrotic scar” atau akar parut yang menarik parut ke dalam dan menjadikan lekuk tersebut. Sesi rawatan yang diperlukan bergantung kepada keadaan dan kedalaman
parut tersebut.



Kaedah Rawatan Subcision

skincare yang boleh membantu mengurangkan parut jerawat

Retinoid : Vitamin A boleh membantu untuk meratakan parut . Ia bertindak dengan meningkatkan penghasilan kulit baru justeru dapat membantu mengurangkan parut.

× Click to chat!